Hubungi Kami

19, JS1/69, Jalan Awang Dulla, MLNG Housing Kidurong, Bintulu, SARAWAK Emel: remajabic@gmail.com

Pengenalan

Sebuah persatuan remaja Islam Bintulu di bawah naungan Bintulu Iqra' Center (BIC) yang bertujuan untuk memberikan bimbingan motivasi, kepimpinan, akademik dan agama.

Kem Remaja BIC


KEM REMAJA BIC 2009















Tarikh : 6-7 Jun 2009
Masa : 3.00 p.m(sabtu) - 3.00 p.m(ahad)

Antara program menarik :

- Bengkel Smart Matematik
-Gotong-royong amal membersihkan surau
-Tasmi' bacaan solat
-Bacaan surah al-Mulk


Pendaftaran : 3.00 p.m (6 Jun 2009)
Penutup : 3.00 p.m (7 Jun 2009)


*Selamat berprogram kepada adik-adikku yang dah mendaftar jadi peserta........insyaAllah ada manfaatnya..

Bagaimana Kamu Menguap?

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
*
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
*
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Poster Untuk Sebaran

Sila Klik Untuk Besarkan Imej

Kenali Kami

Pengenalan

Sebuah persatuan remaja Islam Bintulu di bawah naungan Bintulu Iqra' Center (BIC) yang bertujuan untuk memberikan bimbingan motivasi, kepimpinan, akademik dan agama.


Visi

Melahirkan remaja mu’min yang berketerampilan dan berkarisma.


Misi

  1. Memupuk remaja yang berkepimpinan
  2. Melatih kemahiran kefasilitatoran
  3. Menjana remaja yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah

Syarat penyertaan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Remaja berumur 14 tahun dan ke atas
  4. Aktiviti
  5. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
  6. Aktiviti Luar
  7. Sukan/Perkelahan/Kem
  8. Kursus Kepimpinan/Bengkel/Seminar
  9. Smart Group
  10. Lawatan
  11. Aktiviti Kerohanian
  12. Program Kebajikan/Khidmat Masyarakat